Sejarah Magnavox Odyssey

Ralph H. Baer telah memikirkan idea permainan video yang boleh disambungkan ke television untuk pengguna pada tahun 1951. Pada tahun 1960-an semasa bekerja untuk Sanders Associates, beliau telah mereka beberapa reka bentuk konsol permainan. Salah satu reka bentuk ini, yang diberi nama "Brown Box", mempunyai ciri permainan video yang boleh diubah oleh pengguna, telah ditayangkan kepada beberapa pengeluar television yang akhirnya membawa kepada satu perjanjian telah dibentuk di antara Sanders Associates dan Magnavox[3].

Syarikat Magnavox kemudiannya mengubah beberapa reka bentuk asal prototaip Brown Box dan mengeluarkan konsol itu dengan diberi nama Magnavox Odyssey pada bulan Januari 1972[3][4].